Wednesday, December 30, 2009

GB4BRCB Menyertai Kursus Kepimpinan Belia & Bengkel Anugerah Belia Negara 2009

Pada 28 & 29 Dec 2009, GB4B RCB telah menyertai Kursus Kepimpinan Belia & Anugerah Belia Negara. GB4B RCB telah disertai oleh Sdra Faizal Baharom, Ketua Penerangan GB4BRCB & Sdra Abdul Samat Ab. Wahab, Setiausaha GB4BRCB merangkap Pengerusi Tetap & Pengerusi Biro IT GB4B Kawasan Masjid Tanah.
Perasmi oleh YB Hassan Rahman bagi pihak Ketua Menteri Melaka.


Thursday, December 24, 2009

GB4B RCB di Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-34 di Puteri Resort

Gambar semasa persiapan & pendaftaran dan majlis makan malam.






Kuasa dalam kerajaan tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur kejayaan kepimpinan Gerakan Belia 4B.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli berikutan kepimpinan muda bukan lagi dianggotai individu berkuasa dalam kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Perwakilan Belia Sedunia (Way) dan Ketua Menteri menjelaskan, kejayaan pertubuhan belia itu bergantung kepada keupayaan kepimpinan muda memahami aspirasi dan kehendak ahli.

“Dewasa ini, ahli Gerakan Belia 4B mengharapkan kepimpinan dinamik, agresif, inovatif dan cergas.

“Barisan kepimpinan muda juga perlu memiliki keupayaan dan kepakaran menggunakan peluang tersedia bagi menggerakkan aktiviti,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-34 di Puteri Resort, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B, Datuk Abdul Fattah Abdullah; Presiden Penaja, Shukor Mohd Yusof; Naib Presiden Wanita, Datuk Zaitun Ab Rahman dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Melaka, Mohd Nizam Omar.

Mesyuarat semalam mencatatkan lembaran baru dalam sejarah pertubuhan belia berkenaan apabila Mohd Ali melepaskan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 15 tahun lalu.

Selain Presiden, 14 jawatan tertinggi Gerakan Belia 4B turut beralih kepada perwakilan di bawah umur 40 tahun.

Sementara itu, menurut Mohd Ali, Gerakan Belia 4B harus mempelbagaikan dimensi perjuangannya.

“Selain aktif menggerakkan aktiviti sosial dan sukan, pertubuhan ini perlu menyuburkan kembali tradisi intelektualisme yang pernah menjadi citra perjuangan pada masa lalu.

“Di samping itu, semua ahli hendaklah serius dalam menjadikan Gerakan Belia 4B sebagai satu gerakan massa dalam bidang ekonomi,” jelas beliau.

Menurutnya, pertubuhan berkenaan juga perlu bersikap berani menyua-rakan pandangan terhadap isu masyarakat atau negara.

Monday, December 14, 2009

GB4B Mengunjungi Showcase SDSI 2009

Pada 12 Dec 2009, GB4B RCB telah mengunjungi Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang berlangsung di MITC, Melaka

Monday, December 7, 2009

Ahli & J/kuasa GB4B RCB Mengucapkan Tahniah & Syabas kepada Ketua Menteri Melaka

Ahli & J/kuasa GB4B cawangan Ramuan China Besar, Masjid Tanah mengucapkan Tahniah & Syabas kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena 1o Tahun berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka - 1 MALAYSIA 1 DEKAD

GB4B RCB Menyertai Urusetia di Majlis Berkhatan Beramai-Ramai 1Malaysia


Pada 6 Dec 2009, para AJK GB4B RCB telah membantu AJK Gb4B Kawasan Masjid Tanah dalam penganjuran Majlis Berkhatan Beramai-ramai 1Malaysia di Balai Raya Teluk Gong, Kuala Sg Baru. Ikutilah kisahnya....

Jika satu ketika dahulu tradisi melihat kanak-kanak lelaki Islam merupakan satu pemandangan biasa namun s
ituasi berubah apabila ramai kanak-kanak lelaki bukan Islam turut serta didalam program berkhatan berkelompok.

Meskipun jumlah itu tidak ramai, namun ia memberikan impak baik kepada masyarakat khususnya diperingkat akar umbi apabila program seumpama itu dapat mendekatkan rakyat dengan konsep 1 Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata penerapan konsep 1 Malaysia akan mudah difahami oleh generasi baru apabila sedari kecil sudah terbiasa mengikuti program yang melibatkan semua kaum dinegera ini.

"Konsep program khatan berkelompok 1 Malaysia ini adalah wajar kerana anak-anak ini masih kecil dan amat sesuai diterapkan dengan konsep ini ketika mereka masih kecil supaya apabila dewasa ia menjadi satu kebiasaan.

"Selain itu kita dapat lihat kesedaran dari aspek kesihatan apabila semakin ramai kanak-kanak bukan Islam berkhatan kerana manfaatnya yang besar kepada kesihatan mereka,"katanya.

Abu Seman berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Berkhatan Beramai-Ramai 1 Malaysia diBalairaya Kampung Telok Gong, disini, pagi tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Linggi, Ismail Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Md Abd Manap Abd Rahman, Pengerusi Gerakan Belia 4B (GB4B) Kawasan Masjid Tanah, Zaidi Mohd, Pengarah Bahagian Sahabat Belia, JKMM, Mohd Nizam Omar, Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Faizal Hashim dan Pengerusi Wanita GB4B Negeri, Mas Ermieyarti Shamsudin.

Seramai 55 orang kanak-kanak Melayu, India dan Orang Asli menyertai program anjuran GB4B Gerakan Belia 4B (M) (GB4B) Kawasan Masjid Tanah dengan kerjasama Badan Sukarelawan At-Taqwa, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Alor Gajah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Bahagian Sahabat Belia, JKMM, GB4B Kampung Telok Gong dan JKKK Kampung Telok Gong.

Sementara itu, Ismail berkata program itu merupakan pertama kali diadakan seumpama itu di DUN Kuala Linggi dan berharap agar ia dijadikan program tahunan.

Dalam pada itu, Zaidi yang juga Pengerusi MGBD Alor Gajah berkata program itu melibatkan lima orang kanak-kanak berketurunan India dan seorang kanak-kanak Orang Asli, manakala 49 merupakan kanak-kanak berbangsa Melayu.

"Setiap cawangan GB4B akan membawa dua orang kanak-kanak untuk dikhatankan. Ini merupakan anjuran pertama GB4B Masjid Tanah dan memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan. Pada tahun hadapan ia akan diadakan di cawangan GB4B Paya Lebar, Masjid Tanah, katanya.




Tuesday, December 1, 2009

Majlis Ibadah Qurban Kg Ramuan China Besar

Pada 27 Nov 2009 (Jumaat), telah diadakan Majlis Ibadah Qurban Berkelompok Kampung Ramuan China Besar di perkarangan Masjid Ramuan China Besar sempena Hari Raya Aidiladha 2009.
Majlis tersebut dihadiri oleh kedua-dua qariah penduduk kampung iaitu Kampung Ramuan China Besar & Kampung Solok Paya Lebar.
Jumlah ternakan qurban adalah 19 ekor lembu & 3 ekor kambing.
Majlis ini adalah anjuran Lembaga Masjid Ramuan China Besar bersama J/kuasa JKKK Ramuan China Besar & Solok Paya Lebar, J/kuasa UMNO, Wanita, Pemuda & Puteri cawangan Ramuan China Besar & Slk Paya Lebar. Antara sukarelawan yang terlibat dalam majlis qurban ini adalah J/kuasa Gerakan Belia 4B Ramuan China Besar & SOKBAR.

Saturday, November 21, 2009

GB4B RCB Menyertai Futsal sempena Hari Riadah Hadhari KEMAS Negeri Melaka - 21 Nov 09

Pada hari Sabtu (21 Nov 09)GB4B RCB telah menghantar satu pasukan futsal untuk menyertai Futsal sempena Hari Riadah Hadhari KEMAS Negeri Melaka.