Friday, August 28, 2009

Pertubuhan Belia Berkubur Jika Tiada Ahli Baru - Petikan Dari Utusan Online 28 Ogos 2009

Pertubuhan Belia Berkubur Jika Tiada Ahli Baru

KUANTAN 27 Ogos - Pertubuhan Gerakan Belia 4B akan lumpuh dan berkubur sekiranya tiada usaha kepada pengambilan ahli-ahli baru termasuk mengadakan program berkaitan secara aktif.

Sehubungan itu, bekas Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Faisal Abdullah berkata, aktiviti berterusan perlu dijadikan teras kepada pertubuhan belia kerana ia bukan sekadar menonjolkan peranan mereka dalam masyarakat, tetapi juga menarik minat belia lain untuk menjadi ahli.

''Jika senario (tiada usaha pengambilan ahli baru) itu berlaku, pertubuhan belia pada masa akan datang dilihat tidak lagi relevan dalam memenuhi kehendak generasi muda,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Gerakan Belia 4B Kawasan Indera Mahkota di sini semalam.

Menurut Faisal, peranan pertubuhan belia tidak boleh sekadar menjadi organisasi yang statik dan bergerak atas dasar subsidi kerajaan semata-mata.

''Sebaliknya, belia perlu membuatkan pertubuhan itu lebih dinamik kerana generasi muda yang diberi peluang menerajuinya pada waktu ini masih kaya dengan idea baru berbanding generasi pimpinan veteran terdahulu.

''Jika tiada pendekatan baru untuk memenangi jiwa belia yang semakin tinggi mindanya pada ketika ini, pasti pertubuhan itu akan kehilangan ahli dan seterusnya berkubur bila ahli sedia ada melebihi umur 40 tahun dan hilang kelayakan untuk aktif dalam pertubuhan belia," ujarnya.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia dan Pengerusi 4B bagi kawasan Indera Mahkota berikutan pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang berkuat kuasa tahun ini.

Melalui akta berkenaan, pemimpin pertubuhan belia yang melebihi umur 40 tahun secara automatik hilang kelayakan untuk mempertahankan jawatan mereka.

Sementara itu, pengerusi baru bagi kawasan Indera Mahkota, Nazarudin Abu Hashim berkata, peranan veteran belia tetap tidak dilupakan sebagai sumber rujukan oleh kepimpinan muda dalam menerajui Gerakan Belia 4B.

"Dalam mencorak mentaliti dan aspirasi baru golongan belia, pastinya tunjuk ajar daripada kepimpinan lama diperlukan terutama dalam mengukuhkan sesuatu pertubuhan belia bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda.

"Sememangnya, Gerakan Belia 4B adalah landasan belia yang telah terbukti berjaya melahirkan ramai pemimpin negara kerana ciri kepimpinan itu berjaya dibentuk melalui aktiviti dan pengisian daripada program yang diadakan," katanya yang menang tanpa bertanding.

Wednesday, August 26, 2009

Samseng Jalanan Persenda Peronda - Petikan dari Berita Harian Online 26 Ogos 2009

Wajarkah anak muda atau belia kita bersikap sebegini rupa? Masalah macam ini bukan sahaja di Terengganu, malah hampir ke semua negeri di M'sia...

Timur: Samseng jalanan persenda peronda

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my

Kumpulan kapcai tunjuk aksi ketika kenderaan polis di laluan bertentangan

KUALA TERENGGANU: Ramadan tidak dapat menginsafkan kumpulan samseng jalanan yang masih terus beraja di jalan, terutama menjelang dinihari pada setiap hujung minggu, malah kehadiran kereta peronda polis tidak menggentarkan mereka, sebaliknya kumpulan kapcai semakin bertambah besar seiring malam yang makin larut.

Tinjauan Berita Harian pada malam Sabtu lalu di Jalan Durian Burung dan kawasan Padang Midin, antara 'litar' utama samseng jalanan untuk mempamerkan kehebatan mereka menggunakan motosikal kapcai yang sudah diubah suai, jelas menunjukkan kumpulan samseng jalanan ini tidak pernah takut dengan polis, terutama apabila kumpulan mereka menjadi bertambah besar.

Mulai jam 12 malam, dapat dilihat kumpulan samseng jalanan mulai keluar dari kawasan kampung masing-masing dalam kumpulan kecil menuju ke arah Jalan Durian Burung di mana mereka bertemu dengan kumpulan lain dan membentuk kumpulan besar.

Dari sinilah pergerakan mereka menjadi lebih galak dan bermulalah aksi hebat bermotosikal dan paling menarik aksi mereka yang seperti mempermainkan kereta peronda polis yang datang dari lorong bersebelahan. Apabila kereta peronda berpusing, mereka akan memecut dan mengambil pusingan U tidak jauh dari situ untuk berada di lorong bertentangan, malah ada yang berhenti di tepi jalan.

Apabila kelibat kereta peronda polis sudah tiada dan beberapa anggota pasukan mereka sudah memastikan jalan raya 'bersih', aktiviti mereka sebagai raja di jalan diteruskan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna lain.

Dalam tinjauan kami sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, kumpulan samseng jalanan itu yang dianggarkan berjumlah antara 100 hingga 150 motosikal kapcai yang sebahagiannya sudah diubah suai, tetap meneruskan kegiatan walaupun menyedari kehadiran beberapa kereta peronda apatah lagi penduduk sekitar sedang membuat persiapan bersahur.

Seorang penduduk yang ditemui, Aida Abdul Rahman, 29, berkata kumpulan samseng jalanan yang sering berlumba pada malam minggu, terutama malam Jumaat dan Sabtu membuat bunyi bising dan mengganggu ketenteraman masyarakat.

"Memang kereta peronda polis selalu memantau kawasan ini (Durian Burung) tetapi kumpulan samseng jalanan selalunya berhenti seketika, dan selepas mereka melihat kelibat kereta peronda hilang, mereka kembali semula berlumba dan kadang-kadang membahayakan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie, ketika dihubungi berkata, JPJ sentiasa mengadakan operasi bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan mengadakan sekatan di beberapa lokasi tertentu untuk membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan daripada terus berleluasa.

"Memang menjadi fokus kami bersama-sama PDRM untuk membasmi dan membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan ini daripada terus berleluasa dan pemantauan serta operasi bersama kerap dilakukan ketika hujung minggu dengan JPJ terbabit dalam aspek teknikal manakala PDRM dalam aspek pencegahan," katanya.

"Kadang-kadang operasi bersama dilakukan di beberapa lokasi tertentu secara `ad-hoc' selepas mendapat maklumat daripada orang ramai dan ada kalanya mengikut lokasi yang sudah ditetapkan.

"Tapi kita tahu mereka ini licik dan sering dapat menghidu setiap operasi yang dijalankan," katanya sambil menambah operasi akan diteruskan bagi membersihkan beberapa batang jalan raya di bandar raya ini daripada terus dilabel sebagai litar lumba haram.

25 Ogos 2009 - GB4B RCB Menyertai Program Kibar Jalur Gemilang & Kempen Keselamatan J/raya di Pekan Kuala Sg. Baru

Selasa, 25 Ogos 2009 : Gerakan Belia 4B Ramuan China Besar telah menyertai Program Kibar Jalur Gemilang & Kempem Keselamatan Jalanraya di Depan SRK (J) C Yok Sin, Pekan Kuala Sungai Baru.
Program Kibar Jalur Gemilang & Kempen Keselamatan Jalanraya anjuran Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah (MGBDAG), Pejabat Belia & Sukan Alor Gajah (PBSAG), Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah (GB4BMT) & Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Pelancaran program ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Ar Hj. Ismail Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi.

Tuesday, August 25, 2009

GB4B RCB Mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 52th - 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Pengunjung Blog Ini...
Tidak berapa lama lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke 52 yang bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Oleh kerana pada tahun ini disambut pada bulan Ramadan, sama-samalah kita semua menyambutnya dengan penuh sederhana atau penuh keinsafan. Dengan lafaz patriotik....MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Friday, August 21, 2009

GB4B RCB Mengucapkan Selamat Berpuasa 1430H / 2009M

Assalamualaikum....
Ramadhan Al Mubarak datang lagi.

Sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakan amalan seperti membaca Al-Quran, membuat kebaikan dsbgnya. Juga membuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan seperti orang tua, anak-anak yatim dan sebagainya.
Syukur kita dapat nikmatinya lagi berbanding yang lain.Semoga kehadirannya memberi impak kepada rohani dan jasmani kepada semua warga belia di seluruh Malaysia.
Pastinya wadah perjuangan dalam memartabatkan imej Belia 4B & semua pertubuhan belia khasnya akan lebih terserlah selepas bulan yang penuh keberkatan ini.

Insyallah...Wassalam...

Thursday, August 20, 2009

19 Ogos 2009, GB4B RCB Menyertai Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah di PNK Kuala Sg. Baru. Perasmi : Sdr Nizam Omar



















































ANTARA SEN
ARAI JAWATANKUASA GB4B KAWASAN MASJID TANAH BAGI SESSI 2009-2012

Pengerusi Tetap : ABDUL SAMAT AB. WAHAB
Timbalan P/Tetap : SITI KALSOM
Pengerusi : ZAIDI MOHAMAD

T/Pengerusi : MAS ERMIYANTI SHAMSUDIN
N/Pengerusi Wanita : ZAITON ZIN
Setiausaha : MOHD NASIR
Bendahari : MOHD NAZLEY SAHARIL

Monday, August 10, 2009

13 June 2009 - GB4B RCB Menganjurkan Kejohanan Futsal Rakan Muda 2009











































13 June 2009 - Kejohanan Futsal Rakan Muda 2009 anjuran Gerakan Belia 4B Ramuan China Besar bersama Jabatan Belia & Sukan Daerah Alor Gajah.