Saturday, November 21, 2009

GB4B RCB Menyertai Futsal sempena Hari Riadah Hadhari KEMAS Negeri Melaka - 21 Nov 09

Pada hari Sabtu (21 Nov 09)GB4B RCB telah menghantar satu pasukan futsal untuk menyertai Futsal sempena Hari Riadah Hadhari KEMAS Negeri Melaka.

Sunday, November 15, 2009

15 Nov 09 - GB4BRCB Menyertai Kejohanan S/takraw Piala Exco Belia & Sukan Melaka

Pada 15 Nov 2009, GB4B RCB telah menghantar 2 pasukan sepaktakraw menyertai Kejohanan Sepaktakraw Piala Exco Belia & Sukan di Kompleks Rakan Muda, Lendu, Alor Gajah.
Kejohanan ini anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah, Pejabat Belia & Sukan Alor Gajah dan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
Sebanyak 45 regu sepaktakraw telah menyertai kejohanan ini.



Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka




SERI BENDAHARA, 7 Nov- Gerakan Belia 4B (M) (GB4B) Negeri mengemukakan tiga usul didalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan GB4B Negeri Kali Ke 37 yang diadakan semalam.

GB4B Negeri mengemukakan usul menyokong padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia.

Pengerusi GB4B Negeri, Mohd Nizam Omar berkata perkara itu penting kerana penubuhan GB4B diharap dapat menyatupadukan belia Melayu selain menjana ekonomi dan menyediakan kemudahan prasarana diluar bandar.

"GB4B merupakan pendukung utama dasar-dasar Kerajaan Malaysia dan akan berusaha untuk merealisasikan konsep Gagasan 1Belia 1Malaysia dan Melaka Maju 2010,"katanya.

Mohd Nizam berkata demikian semasa membahasakan usul pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan GB4B (M) Negeri Kali Ke-37 disini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Tetap GB4B Negeri, Abu Dolah Hitam, Timbalan Pengerusi Tetap GB4B Negeri, Jonet Hassan, mantan Pengerusi GB4B Negeri, Datuk Md Yunos Husin, mantan Timbalan Pengerusi GB4B Negeri, Hasan Abd Rahman dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron.

Mesyuarat itu turut mengusulkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi keutamaan kepaa usaha-usaha dalam memastikan Dasar Pembangunan Belia Negara terus dipraktikkan.

Usaha-usaha penambahbaikan perlu dititikberatkan agar dasar ini selari dengan kehendak semasa golongan belia.

Golongan belia merupakan penduduk majoriti di Malaysia perlu diberi keutamaan dan kepercayaan untuk menjadi pembuat dasar memandangkan belia hari ini adalah pemimpin masa depan.

Usul ketiga pula menggariskan matapelajaran Sejarah wajib diajar di sekolah rendah ekoran semakin ramai generasi baru lupa mengenai sejarah negara.

GB4B Negeri mencadangkan agar Kajian Sejarah yang hanya melibatkan pelajar-pelajar menengah rendah diperluaskan kepada pelajar menengah atas.

Usaha ini penting bagi melahirkan warga belia yang taat setia dan cintakan tanahair selain mempupuk kesedaran yang tinggi agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang merugikan.

Jika ia laksanakan, golongan belia akan memahami mengenai Kontrak Sosial, pejuang-pejuang kemerdekaan, tidak mempersendakan lagu Negaraku dan bertindak kurang ajar dengan membakar Jalur Gemilang seperti yang berlaku kini.

Usul ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan GB4B Malaysia yang akan diadakan di Melaka sekitar Disember ini.


Monday, November 2, 2009

Ahli GB4B Menyertai Pertandingan Karaoke di IKBN Alor Gajah

Pada 31 okt 2009 yang lalu, ahli GB4B Ramuan China Besar telah menyertai Pertandingan Karaoke sempena Program Rakan Muda Usaha, Seminar Kerjaya & Karnival Usahawan anjuran IKBN Alor Gajah, Jalan Ramuan China Besar.

Program usahawan tersebut telah sempurna di rasmikan oleh Ahli DUN Ayer Limau YB Tuan Hj Amiruddin Yusof.
Pada pertandingan tersebut, juara telah dimenangi oleh AJK GB4B RCB iaitu Sdr Mohd Ali.

Sistem audio oleh RSM Top Caf'e Audio System Entertainment, Manager: Encik Azman Abdullah. Makluman lanjut sila hubungi 012-6040083. Tempahan: pa system, mc, dj perkahwinan, hari keluarga,, sukaneka, harijadi, dinner, majlis jab kerjaan/swasta dll....