Monday, September 7, 2009

5 Sept 2009 - GB4B RCB Menyertai Konvoi Belia Prihatin 2009 anjuran MGBM














Pada hari Sabtu, 5 Sept 2009 yang lepas telah berlangsung satu program konvoi anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka.

Program yang berkonsepkan Ramadan al-Mubarak itu diangkat bagi menyedarkan semua pihak bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab setiap umat Nabi Muhammad SAW menunaikan ibadah puasa dan melakukan kerja-kerja kebajikan.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Nizam Omar berkata, ia diadakan bagi mewujudkan seterusnya mengeratkan hubungan antara belia dengan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.

“Selain itu, ia dapat memberi kefahaman kepada peserta dalam menyelami cara hidup, pandangan dan cita-cita masyarakat khususnya di negeri Melaka.

“Pada masa yang sama, ia mampu meningkatkan kembali budaya Islam melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti bergotong-royong yang mana melibatkan semua pihak,”.