Thursday, August 5, 2010

Semarak Masjid GB4B - Majlis Bacaan Yassin (DUN Ayer Limau)

Pada 15 Julai telah diadakan satu majlis ilmu iaitu Program Semarak Masjid GB4B Kawasan Masjid Tanah-Bacaan Yassin. Majlis ini diadakan di Surau Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Program ini adalah program bulanan yang dijalankan setiap DUN dalam Parlimen Masjid Tanah. Kali ini diadakan di dalam DUN Ayer Limau yang mana YB Tuan Haji Amiruddin bin Yusop selaku wakil rakyat dalam ADUN Ayer Limau.

Antara pengisian majlis ilmu ini ialah mengadakan solat maghrib, solat hajat bacaan yassin & solat isya'. Solat hajat dibuat bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestine/GAZA dari kecaman rejim zionis. Solat hajat ini juga untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang menghadapi peperiksaan UPSR 2010.


Sambutan & Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2010

10 Julai 2010, Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka.
Sambutan & Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2010

Pada perhimpunan tersebut Pengerusi GB4B Cawangan Ramuan China Besar merangkap Bendahari GB4B Kawasan Masjid Tanah, Encik Nadzley Saharil telah dikurniakan anugerah iaitu Pingat Bakti Belia atas jasa-jasa yang dicurahkan selama ini. Tahniah & syabas diucapkan.