Thursday, August 5, 2010

Semarak Masjid GB4B - Majlis Bacaan Yassin (DUN Ayer Limau)

Pada 15 Julai telah diadakan satu majlis ilmu iaitu Program Semarak Masjid GB4B Kawasan Masjid Tanah-Bacaan Yassin. Majlis ini diadakan di Surau Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Program ini adalah program bulanan yang dijalankan setiap DUN dalam Parlimen Masjid Tanah. Kali ini diadakan di dalam DUN Ayer Limau yang mana YB Tuan Haji Amiruddin bin Yusop selaku wakil rakyat dalam ADUN Ayer Limau.

Antara pengisian majlis ilmu ini ialah mengadakan solat maghrib, solat hajat bacaan yassin & solat isya'. Solat hajat dibuat bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestine/GAZA dari kecaman rejim zionis. Solat hajat ini juga untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang menghadapi peperiksaan UPSR 2010.


No comments:

Post a Comment