Monday, November 2, 2009

Ahli GB4B Menyertai Pertandingan Karaoke di IKBN Alor Gajah

Pada 31 okt 2009 yang lalu, ahli GB4B Ramuan China Besar telah menyertai Pertandingan Karaoke sempena Program Rakan Muda Usaha, Seminar Kerjaya & Karnival Usahawan anjuran IKBN Alor Gajah, Jalan Ramuan China Besar.

Program usahawan tersebut telah sempurna di rasmikan oleh Ahli DUN Ayer Limau YB Tuan Hj Amiruddin Yusof.
Pada pertandingan tersebut, juara telah dimenangi oleh AJK GB4B RCB iaitu Sdr Mohd Ali.

Sistem audio oleh RSM Top Caf'e Audio System Entertainment, Manager: Encik Azman Abdullah. Makluman lanjut sila hubungi 012-6040083. Tempahan: pa system, mc, dj perkahwinan, hari keluarga,, sukaneka, harijadi, dinner, majlis jab kerjaan/swasta dll....


Monday, October 19, 2009

18 Okt 2009 GB4B RCB menyertai Ceramah Motivasi Keusahawanan & Motivasi Semangat 1Malaysia.



18 Okt 2009. Ahad

GB4B RCB menyertai Ceramah Motivasi Keusahawanan & Motivasi Semangat 1Malaysia.

Ceramah Motivasi Keusahawanan disampaikan oleh Datuk Dr. Hj. Fadilah Hj. Kamsah manakala Ceramah Semangat 1Malaysia pula disampaikan oleh Datuk Nasir Safar - Pegawai Khas Perdana Menteri.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Biro Ekonomi Pembangunan & Usahawan UMNO Bahagian Masjid Tanah bertempat di Auditorium, Komplek Al-Khawarizmi, Balai Cerap, Kg. Balik Batu, Tg. Bidara.

Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya Aidlfitri 2009

Sesungguhnya tidak terlewat rasanya kami di warga blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pengunjung-pengunjung setia blog kami ini.